Pengumuman Penting...

Pyramid Dumpling
Dukacitanya pihak kami ingin menyatakan disini, pengeluaran bagi 'Pyramid Dumpling' terpaksa dihentikan berikutan kesukaran untuk kami mendapatkan beberapa bahan asas bagi pembuatannya. Pemberhentian ini berkuatkuasa pada tarikh 01/03/2011.

Bagi penggemar 'Pyramid Dumpling', chef kami mengesyorkan untuk mencuba 'Shee Mai Dumpling'sebagai ganti kerana rasanya yang hampir sama.

Sebarang perkembangan terkini yang lain akan kami sampaikan di sini pada masa yang lain. Harap maklum.

Siew Mai pilihan bulan ini: Febuari 2011

Vietnamese Spring Roll
20pcs = RM16 sahaja
Bagi bulan Febuari 2011 ini, ok!Dimsum memilih Vietnamese Spring Roll berikutan permintaan yang tinggi kepasa dimsum jenis ini. Ianya dibaluti dengan tepung(yang telah diadun dan berupa seperti jaring) dan berintikan 100% daging ayam kisar halus. Bagi menambahkan seri dimsum ini, ianya dililit bersama seaweed yang enak rasanya.

Chef ok!Dimsum mencadangkan agar dimsum jenis ini digoreng agar aromanya yang lazat dan menyelerakan itu bangkit dan pastinya akan membuka selera makan penggemar semua di luar sana. Rasailah dimsum ini di rumah anda sendiri, bila-bila masa dan tahan lama jika ianya disimpan di dalam peti beku.

Berilah kelainan dalam hidangan untuk ahli keluarga atau sahabat handai yang berkunjung ke rumah anda. jangka masa penyediaan hidangan ini hanya mengambil masa xlebih 5 minit sahaja.

AYOH... MARI CUBA HARI INI!!!


ok!Dimsum kini kembali...

Kami memohon maaf masalah kekurangan stok yang berlaku baru-baru ini. Keadaan ini berada diluar jangkaan kami setelah mendapat tempahan yang tinggi secara mendadak berbanding sebelum ini.Pihak kami telah melaksanakan beberapa langkah penyelesaian agar perkara ini tidak akan berulang lagi dimasa akan datang.

Jutaan terima kasih kepada semua peminat ok!dimsum atas sokongan dan sambutan yang menggalakkan sejak kebelakangan ini. Kini kalian boleh membuat tempahan bagi dimsum yang diidamkan. Harap maklum...

Maulidur Rasul

Our Top Ten Dim Sum (updated on: 15 November 2010)2

#Pictures NamesPrice (Quantity) Ingredients
001/10



Chicken Siew Mai


RM20 @30pcs Minced Chicken Meat, Wantan Flour Skin.

(Recommended : Steamed)
002/10

Pheonix Eye Dumpling

RM16 @20pcs Minced Chicken Meat,Prawn Meat, Crystal Skin.

(Recommended : Steamed)
003/10

Vietnamese Spring Roll




RM16 @20pcs Minced Chicken Meat, Seaweed.

(Recommended : Fried)
004/10

Shanghai Dumpling




RM16 @20pcs Minced Meat, ginger, Flour, Vegetables.

(Recommended : Steamed)
005/10

Delima Balls




RM16 @20pcs Minced Chicken Meat, Seaweed, Spring Roll Wrappings.

(Recommended : Fried)
006/10

Vietnamese Prawn Roll




RM16 @20pcs Minced Chicken Meat, Prawn Meat.

(Recommended : Fried)
007/10

Seen Chuk Roll




RM16 @20pcs Beancurd Sheet,Minced Chicken meat & vegetables.

(Recommended : Fried)
008/10
Chicken Cheese Ball






RM16 @20pcs Minced Chicken Meat and Cheese.

(Recommended : Fried)
009/10

Filament Ball




RM16 @20pcs Minced Chicken Meat, Fish Paste, Lotus Root, Artificial Crab Meat.

(Recommended : Steamed)
010/10

Flower Dumpling




RM16 @20pcs Minced Chicken Meat, wanton flour Skin.

(Recommended : Fried)

Dimsum pilihan: Oktober

CHICKEN CHEESE BALL
Dimsum pilihan ramai untuk bulan Oktober ini adalah Chicken Cheese Ball(CCB). CCB ini amat popular kerana diadun dengan daging ayam yang dikisar dan ditambah lagi dengan rasa keju yang enak di dalamnya. Dimsum ini sesuai untuk digoreng dan dihidang untuk keluarga tak kira waktu. Keju yang cair dan meliputi sekelilingnya pasti akan terus menghantui peminatnya. 

Harga: RM16 ( 20pcs)

Ok!Dimsum dijamin halal oleh JAKIM

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik (halalan toyyiba) dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; Kerana Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu" (Surah al-Baqarah, 2:168).

Apa itu Halal?
- Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.
- Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:

a) bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
b) tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
c) tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan
d)tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.

Kenapa Makanan Yang Halal?
Persoalan yang mungkin timbul kepada manusia ialah mengapa Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW menyeru agar umat Islam memilih makanan yang halal dalam kehidupan seharian. Sudah tentu adanya hikmah dan kelebihan yang dapat membantu manusia menjalani kehidupan sebagai hamba Allah SWT dengan lebih baik sebagaimana berikut:

Supaya Doa Dimakbulkan Oleh Allah SWT Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Seorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya di penuhi debu. Dia menadah tangannya dan berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakainnya haram dan mulutnya disuapi dengan sesuatu yang haram, bagaimana akan diperkenankan pemohonannya?”
(Hadith Riwayat Muslim, Ahmad & Tirmizi).

Selamat Daripada Seksaan Api Neraka Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah agar Dia menjadikan doaku mustajab." Jawab Rasulullah SAW: "Wahai Saad, jagalah soal makanmu nescaya kau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang nyawa Muhammad dalam tanganNya, jikalau seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama empat puluh hari. Sesiapa hamba yang dagingnya tumbuh dari makanan haram dan riba maka neraka lebih layak baginya"
(Hadith Riwayat Ibnu Abbas).

Amal Ibadat Diterima Oleh Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Barangsiapa yang bersembahyang dengan mengenakan pakaian yang dibeli dengan sepuluh dirham dan satu dirham daripadanya dari sumber yang haram, Allah tidak akan menerima solatnya". Rasulullah SAW bersabda : "Allah itu suci dan Dia tidak akan menerima melainkan yang suci juga"
(Hadith Riwayat Muslim).

Membentuk Darah Daging Yang Baik Dalam Badan Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: " Ingatlah bahawa di dalam tubuh badan manusia itu ada sepotong daging, yang apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh itu, ingatlah bahawa yang dimaksudkan itu ialah hati"
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim).

Oleh yang demikian, adalah menjadi satu kewajipan dan tanggungjawab umat Islam pada hari ini untuk lebih berhati-hati dan mengambil berat berkaitan pemakanan halal ini. Hendaklah kita sentiasa memastikan bahawa setiap makanan yang diperoleh dan di makan itu adalah halal menurut syariat Allah SWT. Sesungguhnya suruhan Allah SWT ini adalah untuk tujuan dan kebaikan manusia bersama.

Sijil Halal untuk ok!dimsum